Assad mahu diperingati sebagai penyelamat Syria

Assad mahu diperingati sebagai penyelamat Syria

MADRID, 21 Feb (AFP) – Presiden Bashar al-Assad berkata beliau mahu diperingati 10 tahun akan datang sebagai orang yang menyelamatkan Syria, menurut temu bual dengan akhbar Sepanyol El Pais yang diterbitkan kelmarin.

Assad, yang nasibnya menjadi kunci utama dalam usaha-usaha untuk menghentikan perang saudara berdarah Syria memasuki tahun keenam, meninggalkan persoalan terbuka sama ada dia akan kekal menjadi presiden nanti.

Dan beliau berkata dia sudah bersedia untuk melaksanakan gencatan senjata yang selama ini dinantikan, namun hanya jika pihak-pihak pemberontak dan para penyokong antarabangsa mereka seperti Turki tidak menggunakannya sebagai peluang untuk meraih lebih banyak kawasan.

“Dalam masa 10 tahun, jika saya boleh menyelamatkan Syria sebagai seorang presiden, namun ia tidak bermakna saya masih menjadi presiden dalam masa 10 tahun akan datang, saya hanya mengatakan mengenai visi saya 10 tahun akan datang,” beliau berkata dalam satu temu bual yang disiarkan dalam laman sesawang akhbar itu.

“Jika Syria dalam keadaan aman dan selamat, dan sayalah orang yang menyelamatkan negaranya – itulah kerja saya ketika ini, itulah tanggungjawab saya.

Presiden Syria Bashar al-Assad ketika ditemu bual oleh akhbar El Pais dari Sepanyol. – Reuters
Presiden Syria Bashar al-Assad ketika ditemu bual oleh akhbar El Pais dari Sepanyol. – Reuters

“Jika penduduk Syria mahukan saya untuk memimpin, saya akan lakukannya. Jika mereka tidak mahu, saya tidak boleh berbuat apa-apa, maksud saya, saya tidak boleh menolong negara saya, jadi saya perlu meninggalkannya serta-merta.”

Kuasa-kuasa dunia telah menggesa bagi satu gencatan senjata di Syria untuk memberikan laluan bagi memperbaharui rundingan-rundingan damai, namun gencatan senjata itu mula goyah apabila pertempuran semakin diperhebatkan.

Dalam temu bual bersama AFP 12 Februari lepas, sebelum perjanjian itu diumumkan, Assad jelas berjanji untuk mengambil alih kembali semua negara itu.

Berkata melalui El Pais, beliau berkata bahawa beliau sudah “bersedia” bagi gencatan senjata, namun memberi amaran ia tidak disalah gunakan oleh pengganas untuk meningkatkan kedudukan mereka, menggunakan istilah rejim bagi semua kumpulan-kumpulan pemberontak.

“Ia mengenai menghalang negara-negara lain, seperti Turki, daripada menghantar lebih banyak rekrut, lebih banyak pengganas, lebih banyak senjata, atau segala jenis sokongan logistik kepada pengganas-pengganas itu.”

Rejim Syria telah memperhebatkan serangan di rantau utara Aleppo yang disokong oleh serangan-serangan udara Syria dan tentera-tentera dari Iran dan Lebanon Hezbollah, yang telah ribuan orang melarikan diri.

Assad berkata sokongan daripada sekutunya Rusia dan Iran telah menjadi “penting” dalam kemajuan utama baru-baru ini yang dibuat oleh tentera-tentera rejim.