Assad, Putin bincang kempen ketenteraan

Assad, Putin bincang kempen ketenteraan

MOSCOW, 21 Okt – Presiden Syria Bashar al-Assad terbang ke Moscow Selasa lalu bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di mana mereka akan membincangkan kempen tentera bersama menentang militan Islam di Syria, kata seorang jurucakap Kremlin.

“Presiden Republik Arab Syria Bashar Assad datang dalam rangka lawatan kerja ke Moscow petang semalam dan mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin,” kata jurucakap itu, Dmitry Peskov, kepada pemberita. – Reuters

Putin (kanan) berjabat tangan dengan Bashar al-Assad (kiri) semasa pertemuan mereka di Moscow semalam – AFP
Putin (kanan) berjabat tangan dengan Bashar al-Assad (kiri) semasa pertemuan mereka di Moscow semalam – AFP