Assad sedia hormati gencatan senjata

Assad sedia hormati gencatan senjata

MOSCOW, 24 Feb (AFP) – Presiden Syria Bashar al-Assad memberi jaminan kepada rakan sejawatannya di Rusia Vladimir Putin atas kesediaan kerajaannya untuk menghormati perjanjian yang diusahakan oleh Moscow dan Washington, pihak Kremlin berkata hari ini.

Pihak Kremlin berkata kedua-dua pemimpin membincangkan perjanjian itu melalui panggilan telefon dan Assad diingatkan bahawa cadangan-cadangan yang ditetapkan dalam perjanjian itu adalah “langkah penting dalam hala tuju penyelesaian politik.”

“Secara khususnya, (Assad) mengesahkan kesediaan kerajaan Syria untuk memudahkan penubuhan gencatan senjata itu,” ia berkata dalam satu keterangan.

Perjanjian gencatan senjata itu, yang tidak termasuk kumpulan-kumpulan jihad seperti kumpulan IS dan Al-Nusra Front, meminta bagi “gencatan senjata” di antara tentera-tentera rejim dan kumpulan-kumpulan pembangkang bermula dari tengah malam Jumaat. (2200 GMT).

Putin dan Assad “menegaskan kepentingan untuk meneruskan perjuangan tanpa kompromi” ke atas kumpulan IS, Al-Nusra Front dan “kumpulan-kumpulan pengganas lainnya yang termasuk dalam senarai Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan,” menurut Kremlin lagi.

Sukarelawan dan ahli keluarga mereka mengibarkan bendera negara dan potret presiden Bashar al-Assad selepas menamatkan latihan tentera yang dikendalikan oleh kerajaan Syria. – AFP
Sukarelawan dan ahli keluarga mereka mengibarkan bendera negara dan potret presiden Bashar al-Assad selepas menamatkan latihan tentera yang dikendalikan oleh kerajaan Syria. – AFP

Putin, yang mana tentera udaranya mengenakan kempen pengeboman udara untuk menyokong tentera-tentera Assad di darat, pada Isnin berikrar untuk melakukan “apa yang perlu” supaya Damsyik menyetujui tawaran itu selepas memateraikan perjanjian itu dengan Presiden AS Barack Obama.

Namun beberapa pegawai Washington telah melahirkan keraguan sama ada Rusia akan menghormati gencatan senjata itu.

Setiausaha Negara AS John Kerry kelmarin memberi amaran bahawa Amerika Syarikat mempertimbangkan bagi satu “Pelan B” untuk menangani Syria jika Damsyik dan Moscow tidak melakukan apa yang sepatutnya dalam perjanjian itu.

Kementerian Luar Rusia menyatakan Moscow tidak mengetahui “sebarang Pelan B” dan adalah amat penting untuk berpegang pada perjanjian ketika ini.

“Kami meneruskan daripada fakta bahawa kebanyakan usaha-usaha telah dimasukkan ke dalam persediaan pernyataan bersama yang perlu ketika ini untuk melaksanakannya dan tidak menyediakan bagi sebarang pelan B,” jurucakap Maria Zakharova memberitahu para pemberita hari ini.

“Ini berkemungkinan berkesudahan melanggar perjanjian telah dicapai kerana pembangkang mungkin salah anggap apabila adanya alternatif lain ke atas pernyataan bersama itu.”

ARTIKEL YANG SAMA