Assad sertai orang ramai solat Aidiladha

Assad sertai orang ramai solat Aidiladha

DAMSYIK, 24 Sept (AFP) – Presiden Syria, Bashar al-Assad menghadiri solat Aidiladha di masjid Damsyik hari ini, lapor media kerajaan, dalam kemunculan awam yang jarang berlaku bagi pemimpin rejim yang dilanda masalah.

Assad mengetuai solat Aidiladha di masjid Al-Adel bersama para pegawai kerajaan dan parti pemerintah Baath serta sebilangan pemimpin agama dan orang awam, lapor agensi berita rasmi Syria, SANA.

“Kita memohon perlindungan Tuhan untuk melindungi negara kita daripada kejahatan dan kerosakan dan mendoakan kejayaan Presiden Bashar al-Assad,” kata Menteri Keagamaan, Ahmed Samer Qabbani dalam khutbah yang dipetik oleh SANA.

Dalam gambar yang disiarkan menerusi akaun Twitter rasminya, Assad ikut bersolat, yang diapit oleh Perdana Menteri Wael Halaqi dan Mufti Besar, Ahmed Badreddin Hassoun.

Pada Rabu, Assad mengeluarkan dua dekri bagi kenaikan gaji bulanan bagi pekerja sektor awam di Syria, dalam satu tanda penghargaan menjelang cuti Aidiladha.

ARTIKEL YANG SAMA