ASTERAWANI anjur mesyuarat agung

ASTERAWANI anjur mesyuarat agung

Oleh Faridah Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Persatuan Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) hari ini mengadakan Mesyuarat Agung 2016 di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah dan ucapan tetamu kehormat majlis, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Hajah Aminah binti Haji Momin.

Pada mesyuarat itu, tetamu kehormat turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa ASTERAWANI sesi 2013-2015.

Mesyuarat menyaksikan pembubaran jawatankuasa penggal 2013-2015 dan pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2015-2017.

Mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara berbangkit.

Antara ahli ASTERAWANI yang menghadiri mesyuarat itu, kelmarin.
Antara ahli ASTERAWANI yang menghadiri mesyuarat itu, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA