Aston Villa hampir tersungkur

Aston Villa hampir tersungkur

STOKE-ON-TRENT, UNITED KINGDOM, 28 Feb (Reuters) – Marko Arnautovic (gambar) meletakkan Aston Villa semakin hampir ke penyingkiran apabila dua jaringan penyerang Stoke itu memastikan kemenangan 2-1 berdepan kelab terbawah Liga Perdana itu, sebentar tadi.

Pemain antarabangsa Austria itu mencatat kemunculan ke-100 buat Stoke dengan jaringan kesembilan dan 10 musim ini dalam tempoh lima minit babak kedua di Stadium Britannia.

Leandro Bacuna mendapatkan satu gol buat Villa selepas itu tetapi kekalahan itu menghadirkan satu lagi ancaman buat pelawat yang kini ketinggalan lapan mata daripada zon selamat, berbaki 11 perlawanan untuk menyelamatkan maruah mereka di liga teratas.

Pengurus Villa, Remi Garde hanya menang tiga daripada 19 perlawanan sejak menggantikan pengurus yang dipecat, Tim Sherwood pada November dan kelabnya yang bermasalah tampak akan tersingkir buat pertama kali sejak tahun 1988.

pg23_160229_b

Kekalahan ke-17 dalam liga daripada 27 perlawanan musim ini memaparkan kisah sama, dengan kerapuhan pertahanan dan kekurangan ketajaman di bahagian serangan yang mencipta gabungan sukar sekali lagi.

Digegarkan dengan kekalahan 6-0 menentang Liverpool dalam perlawanan mereka sebelum ini, Garde telah bertindak balas kepada kekalahan paling teruk Villa dalam 81 tahun dengan mempersoalkan secara terbuka komitmen pemainnya.

Villa telah mengakui matlamat awal mereka untuk menentang Liverpool dan mereka hampir membuat satu lagi permulaan yang buruk apabila Jores Okore tersilap memasukan bola ke arah gawang sendiri, dengan penjaga gol Mark Bunn bergegas semula untuk memastikan ia keluar.

Stoke, disokong oleh kemenangan ke atas Bournemouth yang menamatkan kemarau tiga kali berturut-turut.

Villa hampir menuju kepada tahap penyingkiran apabila tewas dalam beberapa perlawanan lalu.

ARTIKEL YANG SAMA