Aston Villa menang selepas 19 permainan

Aston Villa menang selepas 19 permainan

BIRMINGHAM, United Kingdom, 13 Jan (AFP) – Aston Villa menewaskan Crystal Palace 1-0 untuk menamatkan mimpi ngeri 19 permainan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris semalam dengan pemain pertahanan Joleon Lescott muncul wira.

Dengan stadium tidak berapa penuh di Villa Park, Villa yang tercorot beraksi untuk permainan ke-21 musim ini hanya mengutip lapan mata selepas menang hanya sekali pada aksi pembukaan menentang Bournemouth.

Tetapi Palace gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan terakhir liga, dan memerlukan penyerang di mana Alan Pardew sedang mencari pemain baru pada musim perpindahan.

Jaringan dihasilkan pada minit ke-58 apabila penjaga gol Palace Wayne Hennessey gagal menangkap kemas tandukan Lescott dan menyaksikan bola mencelah kakinya dan merentasi garisan gol.

Pemain Villa terus bertahan 20 sebelum tamat dengan ‘berhimpun’ di kawasan sendiri dan hanya bermain dengan masa. Ia juga kemenangan pertama jurulatih Perancis, Remi Garde dalam 11 perlawanan di Villa sejak menggantikan Tim Sherwood.

Penjaga gol Crystal Palace, Wayne Hennessey cuba menghalang rembatan Joleon Lescott dalam aksi Liga Perdana di Villa Park, semalam. – Reuters
Penjaga gol Crystal Palace, Wayne Hennessey cuba menghalang rembatan Joleon Lescott dalam aksi Liga Perdana di Villa Park, semalam. – Reuters

Kapten Villa Micah Richards berdepan dengan peminat yang marah selepas perlawanan terakhir mereka seri 1-1 dengan pasukan kerdil divisyen empat Wycombe Wanderers.

Garde yang bercakap kepada peminat selepas permainan berkata, “Permohonan maaf terbaik yang kami boleh berikan adalah untuk memenangi permainan seterusnya dan mempamerkan prestasi yang lebih baik.”

Palace memulakan perlawanan dengan penuh yakin apabila rembatan Wilfried Zaha terkena tiang dalam minit pertama sehingga mencemaskan penjaga gol Villa Mark Bunn.

Tetapi Villa keyakinan berkembang dan pada babak pertama, rembatan Jordan Ayew hampir menemui sasaran sementara Jordan Veretout pula memaksa Hennessey bekerja keras.

ARTIKEL YANG SAMA