Aston Villa pujuk Bruce ganti Grade

Aston Villa pujuk Bruce ganti Grade

LONDON, 11 Mac (Agensi) – Aston Villa akan memujuk Steve Bruce bagi menggantikan Remi Garde sekiranya pengendali dari Perancis itu meletak jawatan pada akhir musim ini untuk kembali ke Lyon.

Bekas kelab Garde itu buat masa ini melantik bekas penolongnya Bruno Genesio untuk mengambil alih pasukan sejak memecat Hubert Fournier pada Disember lalu.

Genesio mengakui dia bakal digantikan sekiranya Lyon, yang kini menduduki tangga ketiga Ligue 1, gagal merebut tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Tetapi Genesio tidak menolak prospek untuk bergandingan semula bersama Garde dengan rakan senegaranya itu disebut-sebut akan kembali ke Ligue 1, yang mana dia menjadi bos pasukan terbabit daripada 2011-2014.

Garde mengharungi tempoh mimpi ngeri di Villa, yang terperosok ke tangga terbawah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sekadar mencatat dua kemenangan sejak dia mengambil alih pada November tahun lalu.

MirrorSport difahamkan Bruce, yang menjadi pengurus musuh setempat Villa iaitu Birmingham City daripada 2001-2007, berada di bawah pertimbangan pihak lembaga kelab terbabit.

ARTIKEL YANG SAMA