AstraZeneca & Eli Lilly uji gabungan dua ubat kanser

AstraZeneca & Eli Lilly uji gabungan dua ubat kanser

LONDON, 29 Mei (Reuters) – AstraZeneca dan Eli Lilly dijangka menggabung dua daripada ubat kanser mereka dalam percubaan klinikal baru ke atas ketumbuhan dalam petanda terbaru yang menunjukkan ubat sedemikian mungkin membuka laluan kepada usaha memerangi penyakit tersebut.

Ubat uji kaji imunoterapi anti-PD-LI oleh AstraZeneca MEDI4736 akan diuji bersama ubat yang diluluskan oleh Lilly Cyramza, atau ramucirumab, kata kedua-dua syarikat hari ini.

Percubaan Fasa 1 peringkat awal akan dikendalikan oleh Lilly tetapi butir-butir tambahan kerjasama, termasuk jenis ketumbuhan yang akan dikaji dan syarat-syarat kewangan, tidak didedahkan.

MEDI4736 adalah tergolong dalam kelas baru rawatan yang bertujuan menambah sistem ketahanan dalam usaha memerangi kanser, sementara Cyramza adalah sebahagian daripada jenis ubat antiangiogenik lama yang menyekat bekalan darah ketumbuhan.

Roche, pengeluar ubat kanser terbesar di dunia, telahpun menguji kombinasi yang sama ubat anti-PD-LI MPDL3280A dan ubat antiangiogenik Avastin.

Untuk AstraZeneca, gabungan dengan Lilly merupakan satu langkah selanjutnya dalam cita-cita syarikat untuk membawa masuk rakan luar untuk membantu memanfaatkan sebaik-baiknya ubat kanser uji kajinya. Ia menyusuli satu perjanjian dengan Celgene pada bulan lalu.

Potensi ubat yang melancarkan sistem ketahanan badan untuk melawan kanser akan menjadi tumpuan mesyuarat tahunan Persatuan Onkologi Klinikal Amerika bermula pada lewat hari ini di Chicago.

ARTIKEL YANG SAMA