Astronaut tiga cucu bakal pecah rekod angkasawan

Astronaut tiga cucu bakal pecah rekod angkasawan

MIAMI, 18 Mac (AFP) – Lelaki yang mempunyai tiga orang cucu dijangka berlepas ke angkasa lepas dan mencipta rekod hari ini, menjadi angkasawan Amerika yang telah berada paling lama di angkasa lepas, menurut NASA. Jeff Williams, 58 tahun adalah warga Amerika pertama melakukan tiga penerbangan yang memakan masa lama untuk mengelilingi, dan akan memecah rekod AS yang dicipta oleh angkasawan Scott Kelly awal tahun ini.

Menjelang akhir misi setengah tahunnya di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa yang mengelilingi, Williams ‘akan menjadi warga Amerika dengan himpunan hari paling banyak di angkasa lepas, 534,” menurut NASA.

Kelly, 52 tahun, menghabiskan masa hampir setahun di angkasa lepas dan kembali ke Bumi awal bulan ini dengan jumlah 520 hari di angkasa lepas, sebagai sebahagian daripada eksperimen untuk menguji kesan penerbangan bagi tempoh lama pada badan dan minda sebelum kemungkinan misi akan datang ke Marikh.

Rekod sepanjang masa bagi himpunan hari yang dihabiskan di angkasa lepas dipegang oleh angkasawan Rusia Genny Padalka, yang mencatatkan 879 hari dalam kariernya dan menamatkan misi terakhirnya itu pada September 2015.

“Itu adalah keistimewaan hebat untuk menjadi sebahagian daripadanya,” Williams berkata minggu ini di televisyen NASA.

“Saya merasa sangat bersedia untuk kembali ke stesen angkasa lepas.” Dilahirkan di Winsconsin, Williams lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1976 dan kemudian menjadi juruterbang tentera laut.

Dia juga pernah bersaing dalam pasukan sukan payung terjun West Point dan telah mencatatkan kira-kira 3,000 jam di dalam lebih 50 jenis pesawat udara, menurut biografi NASA.

Dia akan ke orbit pada 18 Mac dengan lebih 363 hari berada di angkasa lepas, termasuklah tiga perjalanan di angkasa lepas. Misi sebelumnya ialah menaiki kapal angkasa ulang-alik Atlantis pada tahun 2000 dan juga perjalanan pada tahun 2006 apabila stesen itu jauh lebih kecil – dengan hanya dua modul dan tiga anggota kru.

Dalam tahun 2009, Williams menjadi jurutera penerbangan selama tiga bulan dan kemudian mengawal ISS bagi tempoh seterusnya dalam misi setengah tahunnya. “Ketika misi itu, dia juga menjadi angkasawan pertama berinteraksi secara langsung dengan peminat-peminat dan pengikut media sosial NASA,” menurut agensi angkasa lepas AS.

ARTIKEL YANG SAMA