Atalanta ikat Inter Milan 1-1

Atalanta ikat Inter Milan 1-1

MILAN, 17 Jan – Pemain tengah Inter Milan, Adem Ljajic menyuarakan kekecewaan selepas pasukannya diikat 1-1 dengan Atalanta, sekali gus menyaksikan pasukan bimbingan Roberto Mancini itu keciciran mata dalam perebutan kejuaraan Serie A.

Keputusan seri itu menyaksikan Napoli kini selesa empat mata di puncak liga selepas mencatat kemenangan menentang Sassuolo, namun pemain kelahiran Serbia ini mengakui pasukannya tidak layak memenangi aksi terbabit.

“Ia perlawanan sukar di atas padang teruk namun itu bukan alasan buat kami yang mempamer persembahan kurang memberangsangkan.

“Kami melakukan segala yang kami terdaya untuk cuba memenangi perlawanan terbabit tetapi kami gagal.

Pemain Inter Milan Palacio (kiri) dikawal ketat oleh pemain Atalanta. - Reuters
Pemain Inter Milan Palacio (kiri) dikawal ketat oleh pemain Atalanta. – Reuters

“Atalanta bertahan dengan baik dengan tidak memberikan sebarang ruang buat kami untuk menyerang.

“Kami sepatutnya boleh memenangi perlawanan sebegini. Jadi saya sedikit marah apabila kami gagal berbuat demikian.

“Kami sedang melalui kejatuhan prestasi buat masa ini namun kami akan berusaha lebih keras pada perlawanan akan datang.” katanya.

Selepas mengharungi 20 perlawanan setakat ini, Inter mengutip 40 mata dan menduduki tangga kedua liga dengan Juventus serta Fiorentina masing-masing ketiga dan keempat mampu memintas pasukan terbabit selepas aksi mereka, malam ini. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA