Atasi masalah obesiti

Atasi masalah obesiti

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Jazz Studio Mentiri meneruskan aktiviti mereka dengan mengadakan zumba secara percuma kepada orang ramai di Studio Tarian, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

Zumba yang berlangsung selama 90 minit itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya kesihatan dengan mengaktifkan diri dalam bidang senaman zumba.

Aktiviti itu merupakan salah satu projek bulanan Jazz Studio Mentiri bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan seterusnya menjalankan kerja amal mereka kepada masyarakat dengan mengadakan zumba secara percuma.

Selain itu, tujuan projek berkenaan adalah untuk menangani masalah berat badan berlebihan di negara ini, di mana kadar obesiti dalam kalangan masyarakat di sini dicatatkan semakin meningkat.

Para peserta yang mengikuti zumba secara percuma di Pusat Belia, baru-baru ini.
Para peserta yang mengikuti zumba secara percuma di Pusat Belia, baru-baru ini.

Oleh itu, aktiviti seumpama ini diharap akan dapat mengatasi masalah tersebut dengan mengurangkan berat badan setiap peserta yang menyertainya selain kekal aktif dan sihat.

Dalam pada itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai senaman zumba percuma yang dianjurkan oleh Jazz Studio Mentiri lagi nanti pada bulan Disember ini.

ARTIKEL YANG SAMA