Atasi permasalahan konspirasi pengganas

Atasi permasalahan konspirasi pengganas

SELEPAS Hitman Go dikeluarkan pada tahun 2014 dan Lara Croft Go dikeluarkan pada tahun 2015, para pemain kebanyakannya semakin memberikan respons positif terhadap siri Go yang dikeluarkan oleh Square Enix Montreal.

Justeru kini mereka telah meminta peminat untuk terus menyelesaikan puzzle dalam Deus Ex Go.

Bagi pemain yang tidak pernah berpeluang untuk memainkan siri asal permainan tersebut usah gusar dengan masalah tidak dapat menghayati keseronokannya walaupun sesetengah watak dan elemen cyberpunk yang ditampilkan adalah mengambil akar umbi daripada siri asal permainan video ini.

Pada dasarnya, corak permainan yang ditampilkan jelas jauh berbeza dari apa yang ditampilkan di dalam siri asal di mana pemain harus mengawal Ejen Adam Jensen untuk menyelesaikan konspirasi pengganas dengan puzzle.

Cabaran futuristik patut diketahui

Kuasa utama Adam adalah Human Augmentations yang amat hebat di mana ia mampu untuk bertukar menjadi lut sinar.

 Para pemain harus bijak mengatur langkah starategi untuk menangani setiap cabaran pada setiap peringkat.
Para pemain harus bijak mengatur langkah starategi untuk menangani setiap cabaran pada setiap peringkat.
Para pemain harus mengawal watak Ejen Adam Jensen untuk menyelesaikan konspirasi pengganas dengan puzzle.
Para pemain harus mengawal watak Ejen Adam Jensen untuk menyelesaikan konspirasi pengganas dengan puzzle.

Oleh itu kepentingan stealth harus diberi perhatian di mana anda harus mengambil peluang terhadap keistimewaan pada kuasa yang dimiliki ini untuk melakukan serangan hendap yang sangat berguna.

Penting untuk memahami masa yang sesuai untuk menghadapi cabaran pada peringkat yang tertentu terutama apabila mengawal peringkat yang istimewa.

Di samping itu, pemain juga boleh menggunakan pelbagai peralatan elektronik seperti komputer riba.

Sebenarnya, anda juga boleh menggunakan Turrets dengan berkesan tanpa perlu untuk mengawalnya. Contohnya, apabila anda menggerakkan laluan sejajar dengan pengawal dan bergaris lurus dengan Turrets, pengawal tersebut boleh menghalang peluru ketika anda melintasi laluan itu.

Maka, sekiranya anda mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menyelesaikan banyak masalah, jangan terlepas untuk melanggan aplikasi permainan video Deux Ex Go dikeluarkan oleh Square Enix untuk pelantar iOS.

ARTIKEL YANG SAMA