ATDC bantu latih pelajar Program ISQ

ATDC bantu latih pelajar Program ISQ

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 18 Nov – ATDC Sdn Bhd, sebagai sebuah syarikat berdaftar latihan Rangka Kerja Kompetensi Industri Tenaga (EICF), telah meneruskan lagi Program ISQ dalam bidang Riggers Kohot ke-4 sebagai komitmen berterusannya dalam membantu belia tempatan memperolehi kemahiran bersesuaian dengan industri minyak dan gas.

ATDC yang terlibat dengan Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri dalam memberikan latihan dan kegiatan perundingan yang berkaitan untuk memberikan latihan kepada pelatih-pelatih ISQ, menjalankan latihan berkenaan di Pusat Latihan Mekanik.

Seramai 21 orang pelatih menyertai program bagi pengambilan ke-4 ini, di mana mereka mendengarkan taklimat pengenalan yang disampaikan oleh Pemangku Pengurus ATDC, Haji Abed bin Haji Abdul Hamid, pada hari pertama program yang diadakan di pusat latihan ATDC, hari ini.

Haji Abed ketika menyampaikan taklimat pengenalan program.
Haji Abed ketika menyampaikan taklimat pengenalan program.
Para pelatih yang menyertai Program ISQ di ATDC Sdn Bhd semasa mendengarkan taklimat kelmarin.
Para pelatih yang menyertai Program ISQ di ATDC Sdn Bhd semasa mendengarkan taklimat kelmarin.

ATDC menyediakan pelatih dengan latihan-latihan secara teori dan praktikal bagi sekurang-kurangnya 300 jam, secara modul sebanyak lima fasa, selama lapan minggu.

Kemudian, para pelatih akan ditempatkan dalam latihan industri dengan kontraktor swasta dalam industri minyak dan gas, untuk memberikan pengalaman bekerja merangkumi latihan disiplin kerja dan mementingkan tabiat mengutamakan kesihatan keselamatan, dan alam sekitar (HSE) serta etika kerja yang positif.