ATDC terima 21 kemasukan pelajar

ATDC terima 21 kemasukan pelajar

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 1 Jun – Pusat Latihan Pembangunan Adinin (ATDC) yang berdaftar sebagai Organisasi Latihan bagi Program Rangka Kerja Kecekapan Industri Tenaga (EICF)-ISQ, hari ini, telah mengalu-alukan kemasukan seramai 21 orang pelajar Kohort 5 bahagian Riggers yang akan memperolehi kemahiran bekerja sesuai untuk industri minyak dan gas.

Haji Abed semasa menyampaikan taklimatnya hari ini.
Haji Abed semasa menyampaikan taklimatnya hari ini.

Majlis penerimaan pelajar di pusat berkenaan telah dimulakan dengan penyampaian taklimat oleh Pemangku Ketua ATDC, Haji Abed bin Haji Abdul Hamid yang menjelaskan mengenai latihan yang akan diberikan kepada pelajar berkenaan.

Sepanjang latihan kira-kira 300 jam, para pelajar akan menjalani latihan dan kecekapan berbentuk teori dan praktikal, manakala itu, selepas latihan pula para pelajar akan ditempatkan untuk menyertai latihan industri dengan syarikat kontraktor swasta bahagian industri minyak dan gas.

Haji Abed memberitahu, sepanjang latihan, para pelajar bukan sahaja berpeluang menambahkan pengalaman bekerja dalam industri malah merangkumi latihan membudayakan sikap bekerja dengan selamat serta etika kerja yang positif.

Di bawah perjanjian dengan kerajaan, aktiviti dan perundingan latihan ATDC adalah berkaitan dengan perkembangan pelajarnya, yang baru-baru ini, telah menamatkan kursus awal di Pusat Latihan Mekanik (PLM) di ibu negara.

Pada fasa terakhir program latihan ini, dijangkakan para pelatih berkenaan akan diserapkan oleh syarikat swasta sebagai pekerja biasa.

Pelajar-pelajar Riggers yang memulakan latihan EICF-ISQ di ATDC, Seria.
Pelajar-pelajar Riggers yang memulakan latihan EICF-ISQ di ATDC, Seria.

“Dalam usaha terus mengembang majukan, kemahiran dan kebolehan anak-anak tempatan, ATDC akan terus komited dalam membantu kerajaan dalam menyediakan program pembangunan tenaga kerja tempatan,” ujar Haji Abed.

 

ARTIKEL YANG SAMA