Athens elak gagal lagi langsai hutang

Athens elak gagal lagi langsai hutang

BRUSSELS, 9 Ogos (AFP) – Greece dan pemiutangnya terbabit dalam “rundingan sengit” pada hujung minggu untuk mencapai persetujuan mengenai satu jaminan keluar baru sebelum negara yang dibebani hutang itu mesti membayar balik 3.4 bilion euro kepada Bank Pusat Eropah pada 20 Ogos.

Pegawai Eropah berkata penghalang masih wujud meskipun kemajuan telah dicapai, dengan “sambutan positif umum terhadap kesediaan Greece untuk mengundi mengenai pembaharuan pada minggu ini.

“Ia bercita-cita tinggi tetapi munasabah untuk mencapai satu perjanjian pada hari-hari akan datang, kemungkinan pada 20 Ogos,” kata seorang diplomat Kesatuan Eropah (EU) semalam.

Greece telah membincang dengan pegawai daripada ECB, IMF dan Mekanisme Kestabilan Eropah sejak seminggu lalu mengenai pembaharuan selanjutnya yang dituntut oleh mereka sebagai tukaran kepada jaminan keluar ketiga dengan jumlah sehingga 86 bilion euro.

Dengan pemberi pinjaman mendesak “kerjasama baik” daripada Athens, kedua-dua pihak “berusaha untuk menghasilkan satu draf memorandum persefahaman” dan rundingan dengan Greece akan diteruskan pada hujung minggu,” kata satu lagi sumber EU.

Gambar fail bertarikh 20 Julai 2015, menunjukkan para pelanggan berbaris di luar salah sebuah cawangan Bank Kebangsaan Greece di bahagian tengah Athens, Greece.
Gambar fail bertarikh 20 Julai 2015, menunjukkan para pelanggan berbaris di luar salah sebuah cawangan Bank Kebangsaan Greece di bahagian tengah Athens, Greece.

Tarikh akhir ECB bermakna satu perjanjian perlu dicapai pada Isnin depan untuk mengelak Greece daripada meminta pinjaman penyambung untuk menghalangnya daripada gagal membayar satu lagi bayaran balik.

Greece telah pun terlepas dua bayaran utama kepada Tabung Mata Wang Antarabangsa yang dijangka matang pada 30 Jun dan 13 Julai, tetapi bayaran balik – berjumlah kira-kira dua bilion euro – dilakukan dengan pinjaman EU jangka pendek.

Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras berkata pada Khamis rundingan untuk jaminan keluar baru berada dalam “peringkat terakhir.”

Tsipras menerima tekanan daripada golongan minoriti dalam parti Syriza yang berkata pakej menyelamat yang dipersetujuinya pada Julai membesar-besarkan lagi dasar berjimat cermat ke atas ekonomi lemah dan bertentangan dengan janji kempen kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA