Athletic benam Sociedad 3-2

Athletic benam Sociedad 3-2

MADRID, 17 Okt – Athletic Bilbao mencatatkan tiga mata menghampiri pendahulu La Liga, Atletico Madrid dengan kemenangan 3-2 ke atas pesaing Real Sociedad dalam persaingan Basque semalam.

Sociedad mendahului apabila David Zurutuza melepaskan voli menerusi sepakan sudut Xabi Prieto pada minit ke-17.

Athletico menguasai gawang Sociedad, yang hanya dinafikan oleh persembahan cemerlang penjaga gol antarabangsa Argentina, Geronimo Rulli sebelum rehat.

Iker Munain akhirnya menyamakan kedudukan dengan rembatan menarik dari luar kotak penalti yang menerjah gawang untuk menjejaskan Rulli enam minit pada separuh masa kedua.

Sociedad kemudian meletakkan kejatuhan mereka sendiri sebanyak dua kali, mereka terjejas dalam kedudukan mereka sendiri ketika Aritz Aduriz menjaringkan gol kedua Athletic sebelum berganding bersama Inaki Williams bagi gol ketiga.

Tandukan menerusi Inigo Martinez dari sudut sukar memberikan pasukan pelawat harapan tujuh minit sebelum tamat, tetapi pasukan Athletic bertahan bagi kemenangan pertama mereka ke atas Sociedad sejak 2012.

Athletic melonjak dengan satu mata di belakang Barcelona untuk mengungguli tangga kelima.

Empat pasukan teratas semuanya mencatatkan kemenangan pada Sabtu lalu, ketika Atletico, Real Madrid dan Barca masing–masing menewaskan Granada, Real Betis dan Beportivo la Coruna, sementara Sevilla menewaskan Leganes 3-2. – AFP