Atlet AFC mula tiba di Brunei

Atlet AFC mula tiba di Brunei

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Pasukan-pasukan dari luar negara yang akan menyertai Festival Bolasepak Bawah 14 Tahun (B-14) Serantau AFC 2016 mula tiba satu persatu ke Negara Brunei Darussalam kelmarin dan hari ini. Pasukan Myanmar menjadi pasukan pertama yang tiba selepas selamat mendarat malam tadi, sementara lapan pasukan lain iaitu Kemboja, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor Leste dijadualkan tiba petang dan malam ini.

Pasukan Singapura selamat tiba sekitar pukul 2:15 petang ini, manakala pasukan Filipina dan Timor Leste selamat mendarat kira-kira pukul 5:15 petang ini. Pasukan Vietnam dijangka tiba pada pukul 11 malam ini, sementara pasukan Kemboja, Laos, Malaysia dan Thailand dijadualkan tiba pada tengah malam ini.

Festival Bolasepak B-14 Serantau AFC 2016 yang buat kali keduanya diamanahkan kepada Negara Brunei Darussalam untuk mengendalikannya itu akan dibuka rasmi pada pukul 4:15 petang Selasa, 26 Julai ini di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) dan akan ditutup rasmi pada pukul 8:15 malam Sabtu, 30 Julai di Kompleks Sukan Berakas.

Pasukan B-14 Myanmar menjadi pasukan luar negara pertama tiba ke negara ini.
Pasukan B-14 Myanmar menjadi pasukan luar negara pertama tiba ke negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA