Atlet angkat berat terkehel siku

Atlet angkat berat terkehel siku

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos – Atlet angkat berat Armenia, Andranik Karapetyan dikejarkan ke hospital selepas sikunya terkehel ketika saingan kategori 77 kilogram (kg) lelaki di Olimpik Rio.

Atlet berumur 20 tahun itu dalam pemburuan pingat gangsa apabila dia cuba melakukan angkatan 195kg dalam acara clean and jerk.

Ketika sedang cuba melakukan angkatan, tulang siku kirinya kelihatan terkeluar dan Karapetyan menjerit kesakitan sebelum diberi bantuan di atas pentas oleh pasukan kejurulatihan.

Tidak lama selepas itu, dia kemudian dibawa menaiki ambulans menggunakan pengusung, dengan beberapa rakan pasukannya dan pegawai Armenia kelihatan sedih.

pg23_160812_olympic logo

Andranik Karapetyan berteriak kesakitan selepas mengalami kecederaan lengan kirinya semasa acara 77kg angkat berat lelaki di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Rabu lalu. – AP
Andranik Karapetyan berteriak kesakitan selepas mengalami kecederaan lengan kirinya semasa acara 77kg angkat berat lelaki di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Rabu lalu. – AP

Acara itu dimenangi atlet Kazakhstan, Nijat Rahimov sementara Lyu Xiaojun dari China membawa perak manakala Mohamed Mahmoud dari Mesir memperoleh gangsa.

Kejadian itu berlaku selepas atlet angkat berat wanita China terlepas barbell yang diangkat seberat 118kg dan terjatuh di belakang kepalanya.

Insiden itu berlaku dalam saingan 69kg wanita. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA