Atlet Azerbaijan bakal terima durian runtuh

Atlet Azerbaijan bakal terima durian runtuh

FORDE, Norway, 13 April (Reuters) – Atlet angkat berat kelahiran Bulgaria Boyanka Kostova memenangi pingat emas buat Azerbaijan di kejohanan Eropah di Norway pada Selasa dan dijangka akan menerima penganugerahan berupa kewangan dari negaranya.

Kostova, 22, memenangi emas ketiganya di Eropah apabila dia memenangi kembali kategori 58kg wanita, selepas dengan mudah menewaskan pesaing dekatnya, Irina Lepsa dari Romania. Sementara Joanna Lochowska dari Poland di tempat ketiga.

“Latihan dan persediaan saya bagi kejohanan ini berjalan dengan lancar dan saya amat berbesar hati hari ini,” kata Kostova, yang dinamakan atlet wanita terbaik oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa selepas kejohanan dunia pada November lepas.

“Jika semua berjalan dengan lancar, dan saya berada dalam keadaan cergas di Olimpik, mungkin saya akan cuba untuk satu lagi rekod dunia.”

Kostova berkata dia tidak tahu berapa banyak negaranya akan menghadiahkannya, namun Azerbaijan selalunya membayar jumlah yang sangat besar kepada para pemegang pingat pada kejohanan-kejohanan utama.

Dua atlet gusti yang memenangi pingat emas di London 2012 telah dibayar AS$510,000 setiap seorang.

Azerbaijan menawarkan khidmat pantas nasionalisasi kepada atlet-atlet dalam beberapa sukan, antara gimnas Rusia, atlet luncur ais Amerika dan Kanada dan atlet angkat berat Bulgaria.

Selepas Kostovo memenangi emas pada temasya Sukan Olimpik Belia 2010 buat negara asalnya Bulgaria, pada usia 17 tahun, dia ditawarkan peluang untuk menukar kesetiaan kepada Azerbaijan, bersama dengan seorang lagi remaja, Valentin Hristov.

Pihak Azerbaijan membayar AS$550,000 kepada negara Bulgaria.

Hristov menjadi pemegang pingat Olimpik pertama Azerbaijan dalam sukan itu apabila dia memenangi pingat gangsa di London 2012 di usia 18 tahun, namun sejak itu dia gagal dua kali ujian doping dan menghadapi penggantungan seumur hidup.

Kostova akan pergi ke Brazil sebagai pilihan. Pada kejohanan dunia di Houston, dia memecahkan rekod dunia dalam Kategori Snatch (112kg) dan jumlah (252kg).

ARTIKEL YANG SAMA