Atlet berhijab raih pingat Olimpik

Atlet berhijab raih pingat Olimpik

RIO DE JANEIRO, 14 Ogos – Atlet lawan pedang Amerika Syarikat (AS), Ibtihaj Muhammad menyertai temasya Olimpik Rio untuk membuktikan bahawa wanita Muslim AS boleh berjaya dalam sukan.

Dia bagaimanapun kembali semula ke New Jersey dengan membuktikan kata-katanya itu adalah benar.

Ibtihaj yang menjadi atlet AS pertama di Olimpik yang memakai hijab ketika kejohanan awal minggu ini, menang gangsa, awal pagi tadi bersama rakan sepasukan dalam acara sabre berpasukan.

AS mengatasi Itali 45-30 untuk tempat ketiga dan pingat pertama buat pasukan lawan pedang AS di Rio.

“Ini adalah sukan. Tidak kisah apa warna rambut anda atau apa agama anda. Yang penting ialah beraksi di luar sana dan menjadi atlet terbaik,” kata rakan sepasukan AS, Dagmara Wozniak.

pg21_160815_olympic logo

 Ibtihaj Muhammad yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio. – AP
Ibtihaj Muhammad yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio. – AP

“Kami adalah penerangan terbaik mengenai apakah AS. Campuran pelbagai budaya dan bangsa, dan semuanya bersatu.”

Ibtihaj menjadi tajuk utama seluruh dunia apabila memakai tudung sebagai tanda kepercayaan agamanya.

Tumpuan terhadap acara berpasukan itu bagaimanapun lebih terarah kepada acara lawan pedang – dan Ibtihaj mengingatkan orang ramai kenapa dia dipilih menyertai pasukan Olimpik itu.

“Ini adalah perjalanan yang jauh buat kami,” katanya. “Untuk bersaing pada tahap yang kami sudah usahakan, di pentas tertinggi dunia, temasya Olimpik, ia suatu anugerah buat kami. … Saya tidak akan lupakan saat ini.” – AP