Atlet billiard sahut cabaran AIMAG

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Negara Brunei Darussalam menghantar seramai empat orang yang terdiri daripada seorang atlet dan tiga orang pegawai termasuk Chef de Mission, pegawai urusetia dan jurulatih ke Ashgabat, Turkmenistan bagi menyertai Kejohanan Asian Indoor and Martial Arts Games ke-5.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Noor Jusmin bin Haji Abd Samad.

Kontinjen negara diketuai oleh Kolonel Zahrin bin Haji Zunaidi selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke kejohanan itu dan Brunei Darussalam akan diwakili oleh pemain billiard negara, Ahmad Taufiq M. Murni yang juga diiringi jurulatihnya, Lim Tat Hwe.

Kejohanan Asian Indoor and Martial Arts Games edisi kelima ini akan diadakan mulai 17 hingga 27 September 2017 dan diadakan setiap empat tahun bagi mengumpulkan atlet-atlet dari seluruh Asia, anjuran Majlis Olimpik Asia (OCA) dan digambarkan sebagai acara multisport Asia yang kedua terbesar selepas Sukan Asia. Edisi AIMAG terakhir diadakan pada tahun 2013 di Incheon, Republik Korea.

Setiausaha Tetap KKBS bergambar bersama kontinjen negara berlepas ske Ashgabat, Turkmenistan. – Khairil Hassan
SAHAM
TerdahuluChelsea berpesta gol
SeterusnyaSkuad B18 tewas