Atlet bola jaring negara berlepas ke Thailand

Atlet bola jaring negara berlepas ke Thailand

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Negara Brunei Darussalam hari ini berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menyertai Kejohanan Bola Jaring Asia 2016 di sana.

Mengalu-alukan pemain dan mengucap selamat berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Di-Pertua Persatuan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim.

Pasukan Bola Jaring Negara Brunei Darussalam ditempatkan bersama Pasukan Sri Lanka, Malaysia, Jepun dan Afghanistan di dalam Kumpulan B dan akan memulakan kejohanan dengan perlawanan menentang Afghanistan pada 31 Julai 2016 ini nanti.

Pasukan Bola Jaring Brunei Darussalam ketika bergambar ramai sebelum berlepas ke Thailand kelmarin. – Gambar BNA
Pasukan Bola Jaring Brunei Darussalam ketika bergambar ramai sebelum berlepas ke Thailand kelmarin. – Gambar BNA

Sementara itu, perlawanan kedua pula akan berlangsung pada 1 Ogos menentang Pasukan Jepun, diikuti pada keesokan harinya menentang Pasukan Malaysia sebelum perlawanan terakhir menentang Pasukan Sri Lanka pada 4 Ogos 2016 nanti.

Skuad kebangsaan sukan bola jaring negara di kejohanan itu dibarisi oleh Siti Marhayati binti Ahmad, Siti Nurul Nazihah binti Haji Hassan, Siti Nursyuhaaidah binti Rashid, Nur Syuhaaidah Fahriyana binti Haji Sukri, Syafiq Niqmatullah binti Amran, Nur Aqmal binti Abdul Jamal, Eileen Koh Hin Tian, Nur Ain binti Abdul hamid, Siti Norsaihah binti Mohammad Adi Najmi, Nura Fiqah @ Fatin Najlaa binti Samat dan Noor Zinatul Azimah binti Haji Brahim.

ARTIKEL YANG SAMA