Atlet boling padang negara bersaing di Gold Coast

Atlet boling padang negara bersaing di Gold Coast

GOLD COAST, 14 Nov – Dua atlet boling padang negara kini berada di Gold Coast, Australia bagi menyertai Kejohanan Boling Padang Dunia Champion of Champions bermula hari ini hingga 20 November nanti.

Dua atlet negara itu ialah Abdul Rahman Omar yang akan menyertai bagi Kategori Lelaki, manakala Hajah Amalia binti Haji Matali akan bertanding bagi Kategori Wanita.

Kejohanan tersebut disertai oleh 45 pemain bertaraf dunia dari 26 buah negara di mana juga menampilkan Scotty Thulborn dari negara tuan rumah selaku pemain pilihan yang diletakkan bersama pemain lelaki negara dalam satu kumpulan.

Hajah Amalia pula dijangka berdepan tugas berat apabila diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Sophie Tolchard dari England yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow, Scotland 2014.

Abdul Rahman (dua kiri), Hajah Amalia (dua kanan) yang kini berada di Gold Coast, Australia.
Abdul Rahman (dua kiri), Hajah Amalia (dua kanan) yang kini berada di Gold Coast, Australia.