Atlet harapan negara

Atlet harapan negara

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Seramai 628 atlet dari lapan buah negara iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Vietnam, Singapura dan Thailand dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN kali ke-7 yang akan diadakan di negara ini bermula pada 22 hingga 27 November.

Sehubungan dengan itu, satu majlis penyerahan bendera negara kepada kontinjen negara telah diadakan hari ini di Sekolah Sukan, Kampung Pulaie.

Majlis penyerahan bendera disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman kepada Chef de Mission bagi kontinjen negara, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan Kementerian Pendidikan, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus. Turut hadir menyaksikan penyerahan itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan bendera negara kepada Pengiran Haji Rosli.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan bendera negara kepada Pengiran Haji Rosli.
Yang Berhormat Pehin bergambar ramai bersama kontinjen negara.
Yang Berhormat Pehin bergambar ramai bersama kontinjen negara.
Tetamu kehormat beramah mesra bersama peserta yang mewakili kontinjen Negara Brunei Darussalam.
Tetamu kehormat beramah mesra bersama peserta yang mewakili kontinjen Negara Brunei Darussalam.

pg22_151119_b

Kontinjen negara disertai oleh 136 orang terdiri daripada 85 orang atlet dan 51 orang pegawai yang ditugaskan sebagai pegawai pengiring, pengurus pasukan, jurulatih, penolong jurulatih, pegawai perubatan serta pengadil.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan ini disertai oleh atlet-atlet yang terdiri daripada pelajar pilihan dari beberapa buah sekolah menengah di seluruh negara.

pg22_151119_d

Para peserta kontinjen Negara Brunei Darussalam yang mewakili kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN Kali Ke-7.
Para peserta kontinjen Negara Brunei Darussalam yang mewakili kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN Kali Ke-7.

Sebagai persediaan, para atlet telah menjalani latihan pusat selama beberapa minggu di bawah bimbingan jurulatih dan penolong jurulatih yang dilantik.

Dalam kejohanan itu, sebanyak tujuh acara dipertandingkan iaitu olahraga, renang, sepak takraw, badminton, pencak silat, bola jaring dan golf.

Sementara itu, orang ramai yang berhajat untuk mengikuti perkembangan sepanjang kejohanan ini, boleh melayari laman sesawang rasmi kejohanan di http://asg7.moe.gov.bn.