Atlet hiperandrogenisme dibenarkan bersaing

Atlet hiperandrogenisme dibenarkan bersaing

LAUSANNE, 28 Julai (AFP) – Pelari pecut India Dutee Chand, yang berada di tengah kontroversi jantina, diberikan kebenaran bersaing untuk dua tahun seterusnya selepas Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS) mengeluarkan perintah semalam.

CAS memutuskan mereka akan menunggu pengesahan selanjutnya daripada badan induk Persekutuan Antarabangsa Federasi Atletik (IAAF) mengenai hiperandrogenisme Chand sebelum mendapatkan langkah selanjutnya.

Chand, juara 100 meter bawah 18 tahun India, didiagnosis dengan hiperandrogenisme di mana keadaan yang menghasilkan paras testeron yang tinggi dan bermakna dia mencabuli peraturan jantina IAAF.

Chand, anak perempuan penenun yang dibesarkan di kawasan pedalaman yang miskin, menyaksikan kerjayanya terjejas apabila dihalang menyertai Sukan Komanwel di Glasgow tahun lepas selepas menunjukkan paras testeron yang tinggi.

Bagaimanapun, CAS meminta IAAF untuk memberikan bukti yang lebih saintifik mengenai hubungan kuantiti di antara paras testeron yang meningkat dan persembahan atletik yang meningkat dalam atlet hiperandrogenik.

Dutee Chand dalam gambar fail 7 Julai 2013 selepas memenangi acara 200 meter di Pune, India. – AFP
Dutee Chand dalam gambar fail 7 Julai 2013 selepas memenangi acara 200 meter di Pune, India. – AFP

Ketika itu, Chand, atlet yang pertama mencabar peraturan itu, akan dapat bersaing.

“Panel CAS yang mengetuai prosedur menggantung ‘Peraturan Kelayakan IAAF terhadap wanita dengan Hiperandrogenisme untuk Bersaing dalam Pertandingan Wanita’ (Peraturan Hiperandrogenisme) bagi tempoh maksimum dua tahun,” jelas kenyataan CAS

Kerana kekurangan bukti, ‘Panel CAS tidak dapat menyatakan atlet wanita hiperandrogenik mungkin mendapatkan manfaat daripada kelebihan persembahan yang signifikan yang sesuai untuk tidak melibatkan mereka pada bersaing dalam kategori wanita.

ARTIKEL YANG SAMA