Atlet kita beraksi di Osaka

Atlet kita beraksi di Osaka

Oleh Vivi Mamud

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Seorang atlet negara Pengiran Sulaiman bin Pengiran Metali semalam berjaya menyudahkan larian pada Maraton Osaka 2015 di Jepun.

Beliau berjaya mencatatkan larian dengan masa tidak rasmi empat jam 15 minit.

Pengiran Sulaiman dari Chill Runners (CR) menyertai maraton sejauh 42.195 kilometer itu dalam suasana cuaca berangin dengan suhu antara 13 hingga 15 Celsius.

Acara bermula pada pukul 9 pagi waktu tempatan dan disertai oleh lebih 30,000 peserta. Maraton Osaka adalah yang kedua terbesar di Jepun manakala yang pertama ialah Maraton Tokyo.

Pengiran Sulaiman bergambar selepas menamatkan larian Maraton Osaka 2015.
Pengiran Sulaiman bergambar selepas menamatkan larian Maraton Osaka 2015.

ARTIKEL YANG SAMA