Atlet lama bertemu kembali

Atlet lama bertemu kembali

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Lebih daripada 50 orang bekas atlet Brunei Darussalam bertemu semula selepas 30 tahun berpisah apabila dikumpulkan dalam majlis perjumpaan semula yang berlangsung, baru-baru ini.

Pertemuan semula kali pertama itu turut dihadiri bekas jurulatih mereka, Dr. James E. Thomas dari Amerika Syarikat.

Pertemuan yang diadakan di salah sebuah hotel di Jerudong itu dapat direalisasikan menerusi penggunaan media sosial di mana ia menyatukan atlet-atlet tersebut.

Suasana meriah yang dipenuhi gelak tawa dan usik-mengusik itu setentunya menjadi titik permulaan dalam mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Gambar ramai bekas atlet Brunei Darussalam bersama jurulatih, Dr. James E. Thomas.
Gambar ramai bekas atlet Brunei Darussalam bersama jurulatih, Dr. James E. Thomas.

ARTIKEL YANG SAMA