Atlet mungkin boleh terlepas penggantungan doping

Atlet mungkin boleh terlepas penggantungan doping

MONTREAL, 14 April (AFP) – Agensi Anti Doping Dunia (WADA) menyatakan bahawa atlet-atlet mungkin boleh terlepas penggantungan bagi pengambilan meldonium kerana ia tidak jelas diketahui seberapa lama bahan itu akan kekal berada dalam badan seseorang.

Meldonium diharamkan pada 1 Januari dan WADA berkata bahawa terdapat 172 ujian kegagalan, termasuk bintang tenis Rusia, Mari Sharapova.

Rusia telah teruk dilanda dengan skandal meldonium terutama terhadap atlet-atlet olahraga dan perenang-perenang di mana 40 orang telah tertangkap.

WADA menyatakan bahawa meldonium, yang telah digunakan untuk merawat penyakit hati dan kencing manis boleh juga meningkatkan keupayaan prestasi atlet, “setakat ini masih kekurangan maklumat saintifik terhadap jangka pembuangan bahan itu dari badan.”

“Atas sebab ini, panel pendengaran wajar mungkin mendapati bahawa atlet yang mengambil bahan itu sebelum 1 Januari 2016 itu tidak dapat semunasabahnya dikenali atau disyaki meldonium masih berada dalam tubuh seseorang itu pada atau selepas 1 januari 2016.

“Dalam keadaan ini, WADA menganggap bahawa kemungkinan tiada kesalahan atau kecuaian di pihak atlet.” WADA juga menyatakan tindakan mungkin boleh dibatalkan jika antara satu dan 15 mikrogram meldonium didapati dan ujian dilakukan sebelum 1 Mac. Agensi dunia itu berkata ini disebabkan ujian-ujian diperlukan untuk menentukan bila bahan itu diambil.

Presiden WADA, Craig Reedie berkata: “Semenjak meldonium diharamkan pada 1 Januari tahun ini, terdapat 172 sampel positif bagi bahan itu, bagi atlet-atlet dari beberapa negara dan sukan.”

Dia berkata negara-negara telah menggesa bagi “penjelasan dan bimbingan yang lebih jelas” tentang bagaimana untuk menangani meldonium.

“WADA mengiktiraf keperluan ini , meldonium adalah bahan yang telah membuatkan situasi yang belum pernah terjadi sebelum ini dan dengan itu bimbingan tambahan diperlukan bagi komuniti anti doping.”

Para pegawai WADA berkata kajian baru ini akan menumpukan perhatian tentang seberapa lama meldonium akan berada dalam sistem tubuh badan sebelum keluar.

Atlet-atlet Rusia termasuk Sharapova telah menjadi mangsa skandal meldonium, negara itu dengan cepat mengalu-alukan bimbingan baru dari WADA.

ARTIKEL YANG SAMA