Atlet negara berlepas ke Thailand

Atlet negara berlepas ke Thailand

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Seramai 10 orang atlet yang terdiri daripada pemain, pengurus dan jurulatih Skuad Kebangsaan Sepak Takraw Brunei Darussalam bertolak ke Thailand semalam bagi menyertai Kejohanan Piala Raja Thai ke-31 tahun 2016.

Sehubungan itu, satu majlis penyerahan bendera kepada pasukan berkenaan yang diketuai oleh Haji Mohd Isa bin Haji Marsidi telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas.

Kejohanan kali ini yang bermula pada 17 hingga 23 Oktober di Bangkok akan mempertaruhkan lima pingat emas untuk direbuti bagi empat kategori iaitu Kategori Berpasukan, Acara Regu, Acara Double dan Acara Hoop.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Brunei Darussalam (PESTABARU) Pengiran Ali Hassan bin Pengiran Dato Seri Laila Jasa Haji Abas ketika ditemui di majlis tersebut menyatakan rasa berterima kasih kepada Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) atas sokongan kewangan dan moral kepada semua pemain.

Gambar ramai para atlet di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas sebelum berlepas.
Gambar ramai para atlet di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas sebelum berlepas.

Menurutnya lagi Brunei telah menyertai acara tersebut sejak 15 tahun yang lalu dan Pasukan Brunei pernah menjulang pingat emas dan gangsa dengan kali terakhir penyertaan pada tahun lalu Brunei tampil ke podium selaku penerima pingat gangsa.

Beliau juga mengharapkan agar semua pemain akan memberikan komitmen yang terbaik untuk memperbaiki pencapaian berkenaan.

Kejohanan kali ini juga menyaksikan seorang pengadil dari Negara Brunei Darussalam iaitu Amir bin Haji Sawal yang terpilih untuk menjadi salah seorang empire perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA