Atlet negara ke Malaysia sertai Wushu Ding Feng

Atlet negara ke Malaysia sertai Wushu Ding Feng

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Para atlet wushu yang mewakili Negara Brunei Darussalam hari ini telah berlepas ke Pulau Pinang, Malaysia bagi menyertai Kejohanan Antarabangsa Wushu Ding Feng Cup kali ke-3 2016 selama dua hari yang bermula pada 3 hingga 4 Disember nanti.

Delegasi yang diketuai oleh jurulatih, Zhao Chun Jie, telahpun disertai oleh lebih 15 orang atlet muda.

Menurut Zhao Chun Jie semasa ditemui menjelaskan bahawa ini adalah merupakan kali pertama para atlet wushu Brunei menyertai Kejohanan Antarabangsa Wushu Ding Feng Cup kali ke-3 di Pulau Pinang.

“Saya berharap dengan penyertaan ini, para atlet Wushu di negara ini akan mendapatkan pengalaman yang bermakna di luar negara semasa bersaing bersama dengan atlet-atlet lain, di samping untuk mendapatkan pendedahan yang akan dapat membantu mereka meningkatkan lagi kemahiran yang diperlukan.”

Para atlet bergambar ramai bersama ibu bapa mereka.
Para atlet bergambar ramai bersama ibu bapa mereka.

Beliau juga berharap dengan pendedahan ini, mereka akan dapat menyiapkan diri mereka agar dapat menyertai Sukan SEA di masa akan datang dalam usaha untuk mengharumkan nama negara Brunei.

Beliau menyatakan bahawa para atlet ini telahpun membuat persiapan pada peringat awal lagi dan beliau yakin bahawa mereka akan mampu memberikan yang terbaik untuk meraih kemenangan semasa kejohanan itu nanti.