Atlet negara raih perak

Atlet negara raih perak

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Atlet negara, Mohammad Adi Salihin bin Roslan berjaya menambah satu lagi pingat pada acara SUKMA XVIII di Sarawak selepas meraih pingat perak dalam Sukan Wushu Kategori Nandao Lelaki.

Dalam acara tersebut, beliau berjaya mengumpul 9.54 mata menewaskan sai-ngannya dari Melaka, Caleb Kiran Bala dengan 9.49 mata di tempat ketiga. Pingat emas pula dimenangi oleh peserta dari Negeri Sembilan, Calvin Lee Wai Leong dengan mengumpul 9.56 mata.

Sementara itu, dalam Kategori Jianshu Wanita, peserta negara, Basma Lachkar tidak berjaya meraih apa-apa pingat setelah hanya berjaya mengumpul 8.60 mata pada kategori tersebut. Kedua-dua acara tersebut diadakan di SJK Chung Hua No.3, Padungan.

Mohd Adi Salihin bin Roslan berjaya meraih pingat perak dalam Sukan Wushu Kategori Nandao Lelaki di SUKMA.
Mohd Adi Salihin bin Roslan berjaya meraih pingat perak dalam Sukan Wushu Kategori Nandao Lelaki di SUKMA.

Manakala dalam pusingan akhir Tenpin Bowling Double Lelaki, pasangan Awangku Mohd Ardhi bin Pengiran Omar Ali dan Safwan Anwar Sapri yang mewakili Brunei A berjaya mengumpul 2167 mata dan berada di tangga ke-23 daripada 42 peserta.

Sementara bagi Brunei B pula yang diwakili oleh pasangan Abu Khaledi Yussrri Abu Bakar dan Muhammad Al-Amin bin Haji Abdul Hamid pula berada di tangga ke-28 daripada 42 peserta selepas meraih 2147 mata. Perlawanan diadakan di Megalane Bowling Centre, Batu Kawa.

Dalam acara Pencak Silat Kategori Silat Seni Tunggal di Stadium Tertutup, Kota Samarahan pula menyaksikan Anisah Najihah binti Abdullah memperolehi 418 mata dan berada di tangga ke-4.

ARTIKEL YANG SAMA