Atlet negara raih pingat di Singapura

Atlet negara raih pingat di Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Dua atlet negara berjaya mengharumkan negara selepas meraih dua pingat pada Kejohanan Olahraga Asia Masters kali ke-19 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Kalang pada 4 hingga 8 Mei yang lalu.

Pada kejohanan tersebut, Haji Zainal bin Haji Namit berjaya meraih pingat emas dalam acara lontar lembing, sementara Haji Osman bin Haji Lahab pula mendapat pingat gangsa dalam acara lari 5000M.

Hadir bagi menyambut kepulangan atlet tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Presiden Atlet Veteren, Haji Abd Razak bin Bungsu.

Para atlet bergambar ramai bersama Presiden Atlet Veteren sekembali mereka ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Para atlet bergambar ramai bersama Presiden Atlet Veteren sekembali mereka ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Seramai enam orang atlet veteran (empat lelaki dan dua wanita) yang diketuai oleh Setiausaha Agong Persatuan Atlet Veteran, Hajah Mariah menyertai kejohanan tersebut.

Kejohanan berkenaan disertai oleh 32 buah negara Asia dan menampilkan lebih 2,000 penyertaan dalam acara sukan olahraga, balapan dan padang.