Atlet Para berlepas ke KL

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Para atlet negara yang bakal beraksi di Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur disarankan untuk mempersembahkan, menyasarkan dan melakukan yang terbaik semasa beraksi dalam sukan masing-masing.

Saranan itu dibuat oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad ketika memberikan kata semangat dan nasihat semasa mengucapkan selamat belayar kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Para ASEAN ke-9 di Dewan Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini.

Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang dianggotai oleh seramai 36 orang yang terdiri daripada 24 orang atlet dan 12 orang pegawai termasuk jurulatih, pengurus pasukan dan kakitangan perubatan berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menyertai Sukan Para ASEAN ke-9.

Haji Noor Jusmin ketika memberikan kata semangat dan nasihat kepada para atlet Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Para ASEAN ke-9.

Sukan Para ASEAN ke-9 akan berlangsung dari 17 hingga 23 September di mana kontinjen negara akan menyertai sebanyak tiga acara sukan yang akan dipertandingkan iaitu olahraga, tenpin boling dan basikal.

Dalam penyertaan negara di Sukan Para ASEAN ke-8, pada 2015 di Singapura, kontinjen negara telah berjaya untuk meraih sebanyak tiga pingat emas, tiga pingat perak dan enam pingat gangsa melalui acara olahraga dan tenpin boling.

SAHAM
TerdahuluSkuad B18 tewas
SeterusnyaDPMM berkenan terima mengadap