Atlet Paralimpik M’sia raih pingat emas ketiga

Atlet Paralimpik M’sia raih pingat emas ketiga

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Atlet paralimpik Malaysia terus cemerlang di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro selepas Abdul Latif Romli meraih pingat emas ketiga negara serta mencipta rekod dunia dan kejohanan.

Atlet berusia 19 tahun dari Kangar, Perlis itu yang beraksi dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) mencatat jarak 7.60 meter pada lompatan kelima beliau di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro, pada Ahad.

Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35m adalah milik beliau sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas manakala rekod Sukan Paralimpik iaitu 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol yang dilakukan pada edisi 2012 di London. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA