Atlet Paralimpik reka papan luncur inovatif untuk pesaing

PAPAN luncur salji yang berjaya disesuaikan oleh Mike Schultz berkemungkinan besar boleh menjadi formula untuk memenangi kejohanan pada temasya sukan Paralimpik.

Mike adalah seorang arkitek di sebalik beberapa komponen prostetik yang paling canggih yang ada ditawarkan di dunia luar yang mana tidak menghairankan memandangkan dia telah berjaya menggabungkan teknologi dan mengujinya sendiri sejak kehilangan kaki kiri sedekad yang lalu berikutan kemalangan kereta salji.

Terdapat kira-kira 30 atlet lelaki dan perempuan dari enam buah negara yang berlainan di Temasya Sukan Paralimpik di Korea Selatan telah menggunakan Schultz ‘Moto Knee’ (dibina untuk menahan hentakan pada tekanan tinggi), ‘Versa Foot’ yang menampilkan penyerapan kejutan boleh laras atau kedua-duanya sekali.

Kadang-kadang, dia boleh dikalahkan oleh inovasi ciptaannya itu sendiri. Namun itu adalah situasi nasib masing-masing khususnya buat senarai pemain-pemain yang mempunyai kedudukan tinggi dalam bidang sukan ini.

“Jika saya menang, itu adalah lebih baik,” kata pemain papan luncur salji yang berumur 36 tahun dari St Cloud, Minnesota.

Mike sudah meraih lapan pingat emas dan satu pingat perak di sepanjang temasya Sukan Winter X dan semua itu dipamerkan dalam almari trofi di rumahnya. – AP
Misi syarikatnya adalah untuk mengeluarkan komponen berkualiti tinggi dan sangat hebat serta berpotensi untuk orang ramai khususnya atlet untuk menyertai sukan dan aktiviti-aktiviti mencabar. – AP

Mike telah dipilih untuk membawa bendera untuk pasukan dari Amerika Syarikat semasa upacara pembukaan sukan itu baru-baru ini.

“Sebenarnya, saya mempunyai banyak perkara rahsia, saya akan berkongsi dengan anda semua pada hujung akhir bulan Mac ini. Saya amat bangga dengan inovasi alat ini dan dapat membantu atlet-atlet lain untuk meningkatkan prestasi permainan mereka sama ada sedikit ataupun banyak. Ia juga sangat bermanfaat untuk melihat atlet-atlet ini mempamerkan satu corak permainan yang hebat dan mencabar serta dapat melakukan satu tahap yang boleh dilakukan oleh semua atlet,” tambah Mike lagi kepada media.

Kehidupan Mike berubah pada bulan Disember 2008 semasa perlumbaan kereta salji di Michigan.

Dia telah bergerak di bahagian bawah bukit apabila dia telah hilang kawalan menyebabkan dia tercampak dari keretanya. Berikutan trajedi itu, lutut kiri Mike menjadi ‘Hyperextended’ setinggi 180 darjah Celsius (derajat) manakala kaki bawahnya ternaik ke atas berhampiran dengan dadanya. Saraf utama ke kakinya telah terputus.

Dalam satu esei di The Player’s Tribune, Mike berkata bahawa dia telah menerima sekitar 42 unit darah namun satu realiti dia harus terima untuk kebaikan adalah untuk memotong bahagian tengah pahanya.

Cabaran terbaru baginya hanyalah kosong dan dia tidak tahu apa hendak dibuat seterusnya. “Saya rasa hari kompetitif saya sudah berakhir,” kata Mike lagi. “Namun apa yang anda perlu tahu ialah saya mula berasa baik dan lebih sihat ketika saya berlatih berjalan di atas kaki prostetik pertama saya, namun saya mula menyedari, saya tidak akan sentiasa berpuas hati hanya dengan berjalan-jalan sahaja,” tambahnya lagi kepada media.

Beberapa bulan yang lalu, dia telah menaiki basikal kotornya sekali lagi. Sejurus selepas itu, Mike telah mencipta kaki prostetiknya sendiri dan telah berjaya meraih pingat perak pada Summer X Games pada tahun 2009 di Perlumbaan Motosikal Moto X.

“Bagi saya, ia seperti memenangi pingat emas,” kata Mike gembira. Pada tahun 2010, dia telah memulakan sebuah syarikat BioDapt, di mana dia telah mereka bentuk beberapa bentuk prostetik yang bersesuaian di bengkelnya yang terletak di belakang rumahnya.

Misi syarikatnya adalah mudah iaitu untuk mengeluarkan komponen berkualiti tinggi dan sangat hebat serta berpotensi untuk orang ramai khususnya atlet untuk menyertai sukan dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Canggih dan moden

Berkecimpung dalam dunia luncur salji sebenarnya tidak pernah difikirkannya selama ini. Namun sehinggalah pada satu hari seorang jawatankuasa tertinggi sukan luncur salji melihat Mike menunggang kereta saljinya di Winter X dan bertanya sama ada teknologi itu boleh digunakan dalam bidang sukan papan luncur salji.

“Saya suka, baiklah, saya akan terus mencuba,” kata Mike. Sejak itu, Mike terus menjadi seorang papan luncur salji. Namun untuk mempelajari sukan itu sangat mencabar.

Mike telah mencipta kaki prostetiknya sendiri dan telah berjaya meraih pingat perak pada Summer X Games pada tahun 2009 di Perlumbaan Motosikal Moto X. – AP

“Saya mendapat kecederaan pada mulanya kerana ia merupakan satu perkara baru buat diri saya tetapi saya seorang atlet, jadi saya harus membiasakan sukan ini secepat yang mungkin,” kata Mike yang mana baru-baru ini telah dipaparkan dalam Majalah Kellogg’s Frosted Flakes.

Terdapat satu sebab kenapa produknya mendapat sambutan hebat, kerana ia adalah canggih. Reka bentuk ‘Moto Knee’ cuba mengikut kembali tindakan otot quadriceps. Manakala ‘Versa Foot’ pula menawarkan penyerapan kejutan yang mengawal tekanan kaki dan kekuatan buku lali. Atlet Paralimpik, Amy Purdy telah menggunakan ‘Versa Foot’ manakala rakan papan luncur saljinya, Brenna Huckaby telah menaja syarikat Mike Schultz untuk mendapatkan prostetik miliknya berwarna unggu untuk disesuaikan dengan rambutnya.

Selain itu, Noah Elliott, turut menerima kaki prostetik Mike dan telah kehilangan kaki kirinya akibat kanser tulang osteosarcoma dan mendapat inspirasi daripada Mike Schultz selepas melihatnya menyampaikan ceramah. Kini, mereka telah menjadi sahabat baik.

Elliot juga turut dinobatkan sebagai pelumba nombor dua di dunia di belakang Mike Schultz malah dia berazam dengan ciptaan inovasi Mike itu untuk terus aktif bersukan. “Reka bentuk inovasi Mike benar-benar unik dan setiap persembahannya adalah benar sesuai dengan namanya,” kata Elliot melalui satu e-mel.

‘The Moto Knee’ dan ‘Versa Foot’ memberikan satu keyakinan dan membawa seseorang itu untuk kembali bersemangat dan mencapai cita-cita serta impian-impian mereka.

Perjalanan Mike untuk temasya sukan Paralimpik di Pyeongchang, Korea Selatan, tidak begitu lancar sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Baru-baru ini dia telah mengalami kemalangan semasa sukan Winter X Games pada tahun 2015 dan menyebabkan tumit kanannya hancur menjadi 15 keping.

“Saya perlu berfikir dengan lebih dalam dan saya perlu keluar dari papan luncur salji sepenuhnya,” kata Mike yang sedang bersiap sedia untuk beraksi di kejohanan terakhir Paralimpik pada 16 Mac ini.

“Saya akan merasa satu permainan sepanjang hari lagi dan melakukannya dengan baik,” tambah Mike lagi.

Mike sudah mempunyai lapan pingat emas dan satu pingat perak di sepanjang temasya Sukan Winter X dan semua itu dipamerkan dalam almari trofi di rumahnya. Dia juga tidak keberatan untuk menambah sedikit perhiasan untuk mencantikkan lagi almari kegemilangannya itu.

“Sekiranya anda memberitahu saya bahawa saya akan menjadi atlet papan luncur pada masa lalu, setentunya saya akan cakap, tidak sama sekali. Namun ia sangat menakjubkan apabila melihat kembali zaman kegemilangan itu,” tambah Mike lagi. – AP