Atlet pelarian layak bersaing di Olimpik

Atlet pelarian layak bersaing di Olimpik

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 27 Okt (Agensi) – Para atlet yang berkelayakan mendapat suaka akan dibenarkan bersaing dalam Sukan Olimpik buat kali pertama, presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan semalam.

Ketua IOC, Thomas Bach membuat pengumuman tersebut kepada Perhimpunan Agung PBB yang menyerapkan resolusi menggesa semua negara untuk berhenti berperang dan mengenakan gencatan senjata ketika Olimpik dan Paralimpik musim panas 2016 di Rio de Janeiro.

Bach merayu kepada kesemua 193 negara-negara ahli PBB bagi membantui IOC mengenal pasti atlet-atlet pelarian yang berbakat.

“Ini adalah simbol harapan bagi semua pelarian dalam dunia, dan akan menjadi dunia lebih baik mengenai keadaan krisis ini,” katanya.

Sehingga sekarang, Bach berkata, atlet-atlet pelarian yang berkelayakan tidak dapat menyertainya kerana mereka tidak dapat mewakili negara mereka dan jawatankuasa Olimpik kebangsaan mereka.

Tetapi dia berkata IOC memutuskan untuk mengalu-alukan para atlet pelarian ke Olimpik 2016 di mana mereka tinggal dalam Perkampungan Olimpik di samping 11,000 atlet lain dari 206 jawatankuasa Olimpik kebangsaan.

“Tidak mempunyai pasukan kebangsaan untuk diwakili, tidak memiliki bendera untuk dihormati, tidak memiliki lagu kebangsaan dimainkan, atlet-atlet pelarian ini akan dialu-alukan ke sukan Olimpik dengan bendera Olimpik dan lagu kebangsaan Olimpik,’ katanya.

Pada masa ini, terdapat sekitar 20 juta pelarian di seluruh dunia- -dan jumlah itu semakin meningkat. Ketua Agensi Pelarian PBB, Antonio Guterres, berkata awal bulan ini bahawa lebih 500,000 pelarian dan penghijrah ekonomi memasuki Eropah tahun ini, dan beribu-ribu lagi menyusul jejak langkah mereka.

Bach berkata IOC menubuhkan dana AS$2 juta “untuk memberikan harapan melalui sukan kepada pelarian.”

“Pada masa yang sama, kami membantu atlet-atlet pelarian peringkat tinggi untuk meneruskan kerjaya sukan mereka,” katanya. “Kami membantu mereka untuk mencapai impian sukan mereka walaupun mereka terpaksa melarikan diri dari keganasan dan kelaparan.”

ARTIKEL YANG SAMA