Atlet Perancis menangis diejek penyokong

Atlet Perancis menangis diejek penyokong

RIO DE JANEIRO, 17 Ogos – Atlet lompat bergalah Perancis, Renaud Lavillenie mengakhiri Sukan Olimpik dengan air mata selepas diejek peminat Brazil ketika dia meraih pingat perak.

Lavillenie yang membidas penyokong tuan rumah kerana kelakuan mereka ketika acara lompat bergalah akhir – dilihat mengalirkan air mata di podium selepas diejek dua kali berturut-turut.

Selepas itu, pemenang pingat emas Olimpik 2012 itu dihiburkan oleh ketua olahraga antarabangsa, Sebastian Coe dan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach dan detik penuh emosi itu ia disaksikan seorang jurugambar AFP.

pg24_160818_olympic logo

Renaud Lavillenie (kiri) ditenangkan oleh Presiden IAAF Lord Sebastian Coe selepas dia menangis semasa majlis penyampaian pingat bagi acara lompat bergalah lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016 di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro. – AFP

Ia melengkapkan sengsara 24 jam Lavillenie, yang terlepas mahkota Olimpik kepada atlet kurang ternama dari Brazil, Thiago Braz pada final yang penuh dramatik.

Percubaan akhir Lavillenie dalam pertandingan itu diiringi sorakan mengejek yang jelas kedengaran ketika dia bersedia untuk melakukan lompatan.

Pemegang rekod dunia itu kemudian mengecam kelakuan penyokong tuan rumah dan membandingkannya dengan layanan yang diberikan kepada Jesse Owens pada 1936 di Berlin. – AFP