Atlet Poland pecah rekod dunia tukul besi

Atlet Poland pecah rekod dunia tukul besi

RIO DE JANEIRO, 16 Ogos – Anita Wlodarczyk membuktikan dominasi dalam acara tukul besi wanita apabila memecahkan rekod dunia di Sukan Olimpik Rio dengan catatan baru 82.29 meter, di sini, semalam.

Catatan yang dibuat atlet kelahiran Poland itu untuk meraih pingat emas cukup bertenaga dan lebih lima setengah meter berbanding pencabar terdekatnya.

Selepas menjadi satu-satunya wanita yang mampu membaling tukul besi dengan jarak lebih 80 meter, atlet berusia 31 tahun yang juga juara dunia itu sudah pun memecahkan rekod Olimpik pada lontaran keduanya iaitu 80.40 meter.

Wlodarczyk menjerit kegembiraan selepas lontaran ketiganya mendarat dan mengetahui lontarannya lebih baik dan mengatasi catatan 81.08 meter yang dibuatnya di Cetniewo, Poland awal bulan ini.

pg23_160817_olympic logo

Anita Wlodarczyk semasa bersaing dalam acara tukul besi wanita peringkat Akhir di Rio Sukan Olimpik 2016 di Stadium Olimpik di Rio de Janeiro. – AFP
Anita Wlodarczyk semasa bersaing dalam acara tukul besi wanita peringkat Akhir di Rio Sukan Olimpik 2016 di Stadium Olimpik di Rio de Janeiro. – AFP

Zhang Wenxiu dari China melakukan lontaran 76.75 meter untuk meraih pingat perak dan memperbaiki pingat gangsa yang dimenanginya di London, empat tahun lalu.

Atlet Britain, Sophie Hitchon memenangi gangsa dengan catatan 74.54 meter yang juga pingat pertama negara itu dalam acara terbabit.

Dengan percubaan kelima dalam perlawanan akhir, pemain berusia 31 tahun itu, Wlodarczyk, telah menghasilkan lontaran kedua paling jauh dalam sejarah, 81,74, yang juga telah memecahkan rekod dunianya pada tahun 2015.

“London adalah sejarah. Kita berada di Rio sekarang dan saya adalah pelontar tukul besi terbaik di dunia,” kata Wlodarczyk. “Saya rasa rekod saya ini akan berada di tangan saya untuk 20 tahun lagi.” – AFP