Atlet renang bawa pulang pingat

Atlet renang bawa pulang pingat

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jan – Seramai tujuh orang atlet renang daripada Brunei Speed Swimming Club (BSSC) baru-baru ini telah berjaya meraih beberapa pingat apabila menyertai Pertandingan Berenang Miri Age Group Ke-19 bertempat di Miri, Sarawak.

Pasukan BSCC yang telah dilatih oleh jurulatih, Haji Mohd Yussof bin Haji Mohd meraih tujuh pingat emas, tujuh pingat perak dan tiga pingat gangsa bagi Kategori Individual manakala bagi Kategori Berpasukan pula, meraih satu pingat gangsa.

Penyertaan pertandingan bagi tahun ini adalah bertujuan untuk melatih para atlet-atlet renang BSCC untuk dapat mempersiapkan diri mereka dalam pertandingan seterusnya samada di dalam dan luar negara.

Atlet BSCC semasa bergambar ramai bersama pingat mereka.
Atlet BSCC semasa bergambar ramai bersama pingat mereka.

ARTIKEL YANG SAMA