Atlet Rusia bertanding tanpa bawa nama negara

Atlet Rusia bertanding tanpa bawa nama negara

MONACO, 24 Jun (AFP) – Atlet Rusia yang boleh membuktikan bahawa mereka tidak dicemari sebarang skandal doping yang melanda negara itu akan dibenarkan untuk menyertai Olimpik Rio dengan syarat penyertaan mereka hanya dibenarkan sebagai atlet neutral, bukan di bawah bendera negara berkenaan, menurut Majlis Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), hari ini.

IAAF memutuskan minggu lalu untuk mengekalkan penggantungan Rusia selepas penemuan pelanggaran ujian dadah, termasuk mengabaikan keputusan positif serta mengubah keputusan ujian.

Namun atlet yang bersih daripada skandal berkenaan diberi harapan baru oleh badan induk berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA