Atlet Rusia dibenarkan bertanding di Olimpik

Atlet Rusia dibenarkan bertanding di Olimpik

MONACO, 10 Julai – IAAF berkata hari ini lembaga kajian dadahnya telah memutus atlet lompat jauh Rusia yang berpangkalan di AS Daria Klishina memenuhi “kriteria kelayakan luar biasa” untuk mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa sebagai atlet neutral, membuka laluan kepadanya untuk bertanding di Olimpik Rio de Janeiro.

Ia berkata lembaga “sebulat suara menerima permohonan Daria Klishina yang,tertakluk kepada penyelesaian formaliti, kini layak bertanding dalam pertandingan antarabangsa sebagai atlet neutral bebas.”

Ia berkata penyertaan Klishina masih tertakluk kepada penerimaan oleh IOC.

IAAF telah pun meluluskan satu permohonan daripada atlet Rusia dan pemberi maklumat dadah Yulia Stepanova, yang bertanding pada kejohanan Eropah pada minggu lalu.

Stepanova, pelari 800 meter yang menjalani pengharaman dadah selama dua tahun, membantu mendedahkan penipuan di Rusia yang mendorong IAAF mengharamkan atlet balapan dan padang negara daripada bertanding dalam pertandingan global, termasuk Olimpik. Stepanova sedang menetap dan berlatih di Amerika Syarikat di satu lokasi yang tidak didedahkan.

IAAF telah berkata lebih daripada 80 atlet Rusia telah pun memohon untuk bertanding di Rio di bawah peruntukan “kelayakan luar biasa.”

Langkah kelayakan khas itu menyasarkan atlet Rusia yang telah pun berpangkalan di luar negara, dan beberapa atlet sahaja yang mungkin dipertimbangkan.

Satu keputusan mengenai semua dakwaan akan diambil pada 18 Julai. Pertandingan balapan dan padang Olimpik bermula pada 12 Ogos.

Rusia diharamkan daripada semua pertandingan antarabangsa oleh IAAF pada November selepas satu laporan WADA mendakwa dadah yang ditaja oleh kerajaan di negara.

IAAF menyokong pengharaman tersebut pada bulan lalu, berkata Rusia gagal memenuhi syarat-syarat pembaharuan. – AP