Atlet Rusia dilarang sertai Paralimpik Rio

Atlet Rusia dilarang sertai Paralimpik Rio

GENEVA, 24 Ogos – Larangan ke atas atlet-atlet Rusia bersaing dalam Paralimpik Rio terus dipertahankan, mencetuskan kemarahan di Moscow selepas negara itu tewas dalam rayuan ke atas penyingkiran mereka terhadap program doping besar yang dikendalikan negara itu.

Mahkamah Timbang Tara bagi Sukan (CAS) menolak rayuan yang difailkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Rusia, yang meminta untuk menterbalikkan larangan pada 7 Ogos lalu oleh Jawatankusa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev membidas dakwaan dadah itu sebagai “alasan yang teruk” dan berkata larangan Paralimpik itu membentuk percubaan ‘sinis” oleh pesaing untuk mengetepikan pesaing kuat dari Sukan itu.

IPC mengambil tindakan tegas selepas tersebarnya laporan mengejutkan oleh Agensi Anti Dadah Dunia (WADA), yang menyatakan secara terperinci penipuan dadah yang diarahkan oleh pegawai kerajaan dan menjejaskan berpuluh sukan.

Memetik bukti yang dihimpunkan oleh WADA membawa kepada penyiasat, Richard McLaren, IPC menyatakan bahawa atlet-atlet kurang upaya Rusia gagal mematuhi kanun anti dadah dunia. – AFP