Atlet SOBD galas cabaran negara

Atlet SOBD galas cabaran negara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Dua orang atlet istimewa, Khairul Amzar bin Khalid dan Syamsiah binti Takong akan membawa cabaran negara dalam Sukan Dunia bagi Semua Sukan TAFISA VI tahun 2016 khususnya dalam Unified Team Bocce dan akan digandingkan bersama dua lagi atlet lain iaitu Nabil bin Esa dan Subinoorhayati Bibi.

Kedua-dua atlet kurang upaya yang terpilih untuk menyertai kejohanan itu juga merupakan pemenang pingat kejohanan tahun lalu, menurut satu kenyataan sidang media di Ibu Pejabat Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD).

Menurut Pengerusi SOBD, Left. Kol. (B)Pengiran Haji Rambli bin Haji Bunut yang bakal memimpin delegasi ke kejohanan itu nanti, kejohanan kali ini akan diadakan dari 7 hingga 10 Oktober 2016 di Taman Impian Jaya Ancol di Jakarta, Indonesia.

Mereka yang turut dijangka berlepas ke kejohanan itu pada 7 Oktober 2016 itu nanti ialah Penolong Ketua Delegasi, Rachael Lee dan Ketua Jurulatih Suhaili bin Mohammad Yussof dan Penolong Jurulatih, Julainah Karim.

ARTIKEL YANG SAMA