Atlet SOBD raih pingat di TAFISA

Atlet SOBD raih pingat di TAFISA

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Atlet Pasukan Persatuan Olimpik Khas Negara Brunei Darussalam (SOBD), berjaya meraih pingat perak dalam Kategori Team Unified Bocce dan dua pingat gangsa bagi Kategori Unified Bocce Wanita dan Unified Bocce Lelaki di dalam ‘TAFISA 6th World Sports for All Games 2016’ di Ancol, Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Menurut jurulatih Pasukan SOBD, persembahan yang ditonjolkan oleh para atlet SOBD di dalam kejohanan tersebut perlu diberi pujian, sambil menambah bahawa seandainya gelanggang perlawanan berada dalam keadaan baik dan sesuai dengan peruntukan masa yang panjang mengikut standard perlawanan bocce yang sebenar, kemungkinan para atlet akan meraih kemenangan yang lebih cerah.

Menurutnya lagi, para atlet telah mempamerkan persembahan yang sangat baik dan kelihatan begitu bersedia dalam menghadapi apa jua pertandingan, meskipun mengharungi cabaran-cabaran seperti penyesuaian dengan keadaan gelanggang yang mungkin kurang sesuai untuk mereka menunjukkan kebolehan mereka yang sebenar.

Gambar ramai bersama para atlet yang terlibat dalam kejohanan tersebut. – Gambar SOBD
Gambar ramai bersama para atlet yang terlibat dalam kejohanan tersebut. – Gambar SOBD

“Harapan saya supaya para penganjur perlawanan supaya dapat menyediakan gelanggang yang baik supaya para atlet dapat bermain dengan baik dan boleh menunjukkan keupayaan mereka yang sebenarnya,” tegasnya lagi.

Menurutnya, undang-undang dan peraturan perlawanan tidak perlu diubah begitu banyak dan berharap pada masa akan datang semua peraturan ini akan mengikut standard yang diiktiraf.

ARTIKEL YANG SAMA