Atlet SOBD seronok rai Tahun Baru

Atlet SOBD seronok rai Tahun Baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Seramai 40 orang terdiri daripada atlet Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD) bersama keluarga dan sukarelawan baru-baru ini meraikan Tahun Baru 2016 dalam sesi permainan dan perkelahan menyeronokkan di Tasek Lama, Bandar Seri Begawan.

Antara sukarelawan dari syarikat yang terlibat ialah La Vida Bhd, Jollibee, Hybrid Movement Gym, 3×3 Brunei Basketball, Shooting Stars Brunei, Fitness Zone Brunei dan St Andrews School.

Perkelahan turut dimeriahkan dengan hiburan daripada maskot Jolibee sambil peserta menulis hajat dan mesej di belon, melambangkan harapan mereka.

Jollibee turut menyediakan hidangan ringan dan hadiah berupa gelas Jollibee kepada atlet dan keluarga mereka.

Hadir sama semasa perhimpunan itu ialah Pengarah Sukarelawan SOBD dan Pengasas La Vida Bhd, Dawn Lee.

Atlet SOBD berseronok semasa berkelah di Tasek Lama.
Atlet SOBD berseronok semasa berkelah di Tasek Lama.