Atlet SOBD terima tajaan

Atlet SOBD terima tajaan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Kontinjen atlet istimewa Negara Brunei Darussalam bukan sahaja mewakili negara tetapi akan bersaing dalam tiga acara sukan semasa Sukan Musim Panas Dunia Olimpik Khas 2015 yang akan berlangsung di Los Angeles bermula 25 Julai hingga 2 Ogos nanti.

Kontinjen negara yang akan diwakili oleh 11 atlet dalam sukan Bocce, Golf dan olahraga itu akan diketuai oleh Presiden Olimpik Khas Brunei Darussalam, Haji Mahrub bin Haji Murni.

Kontinjen SOBD akan berlepas 20 Julai dan kembali semula ke tanah air pada 5 Ogos nanti, dan majlis penyerahan baju dan peralatan para atlet telah diadakan di Ibu Pejabat SOBD, Gadong, hari ini.

Atlet menerima baju tajaan Amtrix Enterprise yang diwakili oleh Dayang Noor Faezatul Iradah binti Mohammad Ali dan Wong Chain Event Management yang diwakili oleh Pengarahnya, May Wong.

Pada majlis itu juga, Haji Mahrub turut menyempurnakan penyampaian pakaian dan peralatan sukan kepada atlet serta pegawai yang menyertai kontinjen ke Los Angeles.

Haji Mahrub menyampaikan pakaian dan peralatan sukan kepada seorang atlet SOBD.
Haji Mahrub menyampaikan pakaian dan peralatan sukan kepada seorang atlet SOBD.
May Wong menyampaikan baju kepada para atlet yang akan menyertai Sukan Musim Panas Olimpik Khas di Los Angeles.
May Wong menyampaikan baju kepada para atlet yang akan menyertai Sukan Musim Panas Olimpik Khas di Los Angeles.
Dayang Noor Faezatul Iradah juga menyampaikan sumbangan mereka.
Dayang Noor Faezatul Iradah juga menyampaikan sumbangan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA