Atlet Thailand raih tiga emas

Atlet Thailand raih tiga emas

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 25 Nov – Pasukan atlet muda dari Thailand hari ini berjaya meraih 3 pingat emas dalam acara padang dan balapan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN ke-7 (ASG7) yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong.

Atlet muda tersebut iaitu Krobkeaw Taemsri memperoleh pingat emas dalam acara lompat jauh perempuan, manakala Phitchaya Sunthonthuam meraih pingat emas dalam acara 800m lelaki dan atlet muda perempuannya juga meraih pingat emas dalam acara lari berganti-ganti 4x100m.

Sebanyak tujuh acara sukan padang dan balapan peringkat akhir dijalankan pada hari ketiga iaitu lompat jauh bagi peserta perempuan, lontar lembing bagi peserta lelaki, larian berhalangan 2000m bagi peserta lelaki, larian 800m dan larian berganti-ganti 4x100m.

Pasukan atlet perempuan dari Thailand meraih pingat emas dalam acara 4x100m.
Pasukan atlet perempuan dari Thailand meraih pingat emas dalam acara 4x100m.

pg24_151126_LOGO ASG7

Bagi acara lontar lembing, Bryan Jay Pacheaop dari Filipina meraih pingat emas.

Manakala atlet dari Vietnam, Le Trung Duc dengan mengutip masa 6.04.03 berjaya meraih pingat emas dalam acara larian berhalangan 2000m dan Khuat Phuong Anh dengan mencatatkan masa larian 2.13.31 meraih pingat emas dalam acara 800m perempuan.

Sementara itu atlet muda Malaysia terdiri daripada Muhammad Haiqal bin Hanafi, Badrul Hisham bin Abdul Manap, Asnawi bin Hashim dan Khairul Hafiz bin Jantan pula berjaya mencatatkan masa 39.86s dan menempatkan mereka di tempat pertama dalam acara berganti-ganti 4x100m.