Atlet veteran harumkan negara

Atlet veteran harumkan negara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Atlet Veteran Negara Brunei Darussalam telah berjaya mengharumkan nama negara dengan memperolehi tiga pingat emas dan tiga perak dalam kejohanan olahraga Salatiga Masters 2016 yang berlangsung di Stadium Kridanggo, Kepulauan Jawa, Indonesia hari ini.

Pingat emas negara telah disumbangkan oleh Haji Othman bin Haji Lahab melalui acara 3,000 meter berjalan kaki, manakala Haji Abdul Rani bin Haji Metassan bagi acara Lompat Kijang dan Hajah Mariah binti Haji Metussin bagi acara Lempar Cakera.

Pingat perak negara pula telah disumbangkan melalui acara Lompat Jauh, Larian 1500 meter dan lumba Larian 100 meter, hasil daripada Haji Othman bin Haji Lahab

Ketika dihubungi, jurucakap kontinjen negara di sana menegaskan bahawa mereka dijangka akan menyertai beberapa lagi kejohanan lain antaranya Singapore Masters yang berlangsung pada 17-18 September ini, pada 26 Oktober – 12 November 2016 di Kejohanan World Masters di Perth Australia dan pada 17-18 November 2016 dalam Terbuka Malaysia.

Gambar ramai para atlet Veteran Negara Brunei Darussalam yang telah berjaya memperolehi tiga pingat emas dan tiga perak dalam kejohanan olahraga Salatiga Masters 2016 yang berlangsung di Stadium Kridanggo, Kepulauan Jawa, Indonesia, kelmarin.