Atlet veteran masih berbisa

Atlet veteran masih berbisa

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Persatuan Atlet Veteran (PAV) Brunei baru-baru ini telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Masters yang dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Masters Negeri Sembilan yang diadakan di Stadium Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Pasukan negara memperlihatkan aksi yang cemerlang apabila berjaya memungut 22 pingat emas, 16 pingat perak dan satu pingat gangsa.

Pungutan pingat tersebut telah berjaya diraih oleh Haji Razak, Haji Adenan, Haji Ariffin, Haji Osman, Haji Sufri, Awang Tabib, Haji Sohai, Haji Rani dan Hajah Asmah dalam beberapa acara termasuk larian 100m, 200m, 400m, 1500m, 3000m, lompat jauh, rejam lembing dan lontar peluru.

Menurut kenyataan di sini, PAV Brunei merupakan pasukan jemputan yang dijemput untuk sama-sama memeriahkan kejohanan tersebut yang juga disertai oleh atlet-atlet persatuan veteran dari seluruh Malaysia.

Atlet-atlet negara bergambar ramai bersama pingat masing-masing yang telah berjaya diperoleh dalam kejohanan itu.
Atlet-atlet negara bergambar ramai bersama pingat masing-masing yang telah berjaya diperoleh dalam kejohanan itu.

ARTIKEL YANG SAMA